http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=gX7Vnk4rafE
Tadi yana sempat tengok youtube. Hurm sedihnya video yang disiarkan tu. Seorang ayah yang mengabaikan anaknya. :( Kesian budak tu. Yang mempunyai kasih sayang seorang ibu tetapi sekarang tidak agi kerana ibunya yang sudah tiada.
Dayana Alya Binti Khairul Anuar :)
Ayah,
Dialah ketua, dialah idola, dialah segala-galanya. Dialah bapa. Bapa yang merupakan peneraju bagi anak-anak mahupun isteri untuk berlindung.
Dia tidak meminta untuk dibalas akan jasanya, dia cuma mahu anak-anaknya menjadi insan yang berguna, yang dapat membanggakannya,yang dapat mengirimkan bacaan doa kepadanya apabila dia tiada nanti, yang sentiasa melakukan kebaikan untuk nusa dan bangsa.
Renungkan sejenak, mengambil semula nostalgia lama, menghirup semula memori dahulu, adakah kita pernah melukakan hati dia? Sering ingkar akan arahannya? Adakah kita tidak berfikir, kesukarannya dulu menjaga kita diwaktu kecil, bersengkang mata bagi memastikan kita nyenyak, mengikat perut demi memastikan kita tidak kelaparan, malah memberikan keselesaan kepada kita dengan memberikan segala-galanya yang kita inginkan. Segantang emas belum tentu dapat menebus semula pengorbanan yang telah dia lakukan. Teramat besar pengorbanannya.
"Ya Allah jadikan kami ini tergolong dalam anak yang sering mengingati jasa ibu bapa kami,yang sering patuh kepada mereka selagi mereka tidak menyuruh kami melanggar perintah-Mu."
~Ayah adik rindukan ayah. :( Kenapa ayah pergi bergitu cepat. Adik tak puas nak luahkan masa bersama dengan ayah lagi. Sebelum ni ayah selalu sebok dengan kerja ayah. Adik banyak buat salah dekat ayah. Adik tak tahu sama ada dosa-dosa adik dekat ayah sudah dimaafkan atau belum. Adik tak sempat nak bersalam dan meminta ampun dekat ayah lagi. Maafkan adikk :(
No comments:
Post a Comment